Untuk seseorang itu
kelihatan cantik, aktif dan sihat, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Sesetengahnya sanggup melaburkan wang yang banyak demi untuk mendapatkan apa
yang diidamkan. Usah bazirkan masa dan wang ringgit kerana masih ada cara yang
betul untuk anda menjaga kecantikan dan kesihatan diri. Cubalah kongsi tip
sihat ini:
Bijak Memilih Makanan.
Jangan dilupa mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang
kaya dengan serat. Makanan yang tinggi kandungan serat penting untuk melawaskan
penghadaman dan mencegah sembelit. Selain itu, cubalah untuk mengambil air
sekurang-kurangnya 3liter air.
Sentiasa Pantau Kesihatan.
Sebagai permulaan, lakukan aktiviti ringan dengan berjalan
kaki pada waktu pagi selama 10-15 minit. Ini amat memadai untuk menambahkan
stamina. Anda boleh lanjutkan tempoh senaman kepada 20-30minit sehari. Anda
juga boleh melakukan saringan kesihatan setahun sekali seperti disarankan.
Beristirehat.
Tidur yang cukup sangat penting untuk mendapatkan hari yang
berkualiti. Masa 8 jam untuk tidur adalah masa terbaik anda merehatkan diri dan
meregangkan otot-otot selepas seharian bekerja.
Belajar Tangani Stress.
Stress memang tidak dapat dielakkan terutamanya di tempat
kerja. Untuk mengatasinya, cuba
anda pelihara seekor kucing atau ikan. Ini boleh membantu menenangkan anda. Tidak berminat? Cuba lihat
benda-benda bewarna hijau. Mungkin boleh menghilangkan masalah dihadapi.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan